Mesti ramai yang stress dengan masalah kegemukan yang melampau kan?
Tambahan pula , pada musim raya haji yang baru sahaja lepas. KOMFEM berat badan korang
naik mendadak sampai korang sendiri pun tak percaya dengan alat penimbang tu kan?
Haaaaaa , jgn stress2! setiap masalah mestilah ade solusinya ! Tapi.... sebelum tu make sure korang semua dah tanamkan azam betul2 nak kurus , jgnlah cakap je lebih tp buatnya pun yang hado je! kalau nak dapatkan hasil yang berkesan mestilah seiring dengan usaha yang TIPTOP ! Nak kurus ni senang je sebenarnya, kenapa sy ckp sng? sbb saya dah amalkannya sendiri. Alhamdulillah 3 bulan dah nampak dah kesannya. Apa yang penting? KONSISTEN dalam mencapai misi nk kurus sebelum menjelang tahun 2017!
Fisrt sekali, kita kenal2 dulu apa punca kegemukan? make sure kt tgn korang skrg ade nota & pen okey?
1) Elak Waktu Makan
Merujuk kepada kajian Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika
bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus.
Namun ia sebenarnya akan meningkatkan lagi risiko punca gemuk. Ini
kerana apabila anda skip meal atau tidak mengambil makanan, kadar
metabolisma badan anda akan menurun. Sekaligus ianya akan melambatkan
proses pembakaran kalori.
Seterusnya keadaan ini akan merangsang seseorang untuk berasa sangat lapar atau berada di dalam “starving mode”.
Maka, peratusan untuk anda mengambil makanan yang berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
2) Minuman Bergas
Kajian mendapati bahawa seseorang yang minum 1 atau 2 tin minuman
bergas sehari akan meningkatkan kadar punca kegemukan sebanyak 33%. Para
penyelidik membuat teori bahawa pemanis tiruan akan meningkatkan selera
makan seseorang.
3) Makanan Rapu & Segera
Makanan rapu dan makanan segera biasanya mengandungi garam, lemak
atau gula yang berlebihan yang mana turut meningkatkan lagi risiko
kegemukan.
4) Tidur Terlalu Banyak @ Sedikit
Hasil daripada kajian Wake Forest, seseorang yang tidur melebihi 8
jam sehari akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 3 kali ganda.
Manakala sekiranya tidur kurang daripada 5 jam pula akan meningkatkan
risiko sebanyak 2 setengah kali ganda.
Masalah tidur merupakan antara punca kegemukan yang utama.
5) Makan Terlalu Cepat
Menurut kajian Journal Of The American Dietetic Association mendapati
bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara
berlebihan.
Ini kerana, perut akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk
memberitahu otak bahawa anda telah mendapat makanan secukupnya.
Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa tabiat ini turut menjadi punca
utama kegemukan.
Betapa besarnya hikmah mengikuti sunnah Rasulullah SAW, kunyah
makanan hingga hancur (dalam 40 kali kunyah), baru telan, kan? Bukan
sahaja bantu ringankan proses penghadaman, maintain kurus lagi ....
No comments:
Post a Comment